teristimewa buat dirinya yang amat kami kagumi,
pemergiannya kami tangisi,
kehilangannya alam rintihi,
seorang 'alim yang sukar dicari ganti,
seorang murobbi ummah dizaman fitnah ini,
fatwa dan pendapatnya yang sukar difahami,
awam dan jahil tersalah erti,
kerana tingginya ilmu yang dikurniai,
tajamnya pandangan matahati yang dimiliki,
aku nasihatkan kepada diriku ini,
dan kepada sebahagian yang kurang mengerti,
janganlah melulu terus mencaci,
fatwanya halus amatlah seni,
bukanlah sengaja untuk dizahiri,
tetapi berhati-hati menyingkap dinihari,
dikala awam tidur dimalam sepi,
bukanlah menyokong raja yang menzalimi,
apatah lagi kepentingan diri,
niatnya ikhlas tidak terperi,
menyelamatkan jiwa-jiwa yang penuh suci,
daripada sungai darah yang melimpahi,
peperangan syria yang membawa mati,
apakan daya jelata kurang mengerti,
maksud sebenar yang dikehendaki,
itulah asbab yang ditampili,
taqdir ALLAH telah pun mengatasi,
akhirnya darah terus mengaliri,
hikmah pasti terus mengirigi,
kerana DIA MAHA MENGERTI,
segalanya telah pun dizahirkan pada hari ini,
seorang khodim ALLAH yang sangat berbudi,
menyebarkan ilmu dan cinta di sana-sini,
tanpa mengenal jemu dan sepi,
buat ummat di alam ini,
bagi bekalan di akhirat nanti,
kini beliau sudah tiada lagi,
telah syahid menemui ILAHI,
beliaulah bernama ASY-SYAHID ASY-SYEIKH DR. MUHAMMAD SA'ID RAMADHAN AL-BOUTY,
yang amat kami kasihi lagi kami cintai,
moga rohmu tenang menghadap ILAHI,
dan rahmat NYA terus hujan-menghujani,
berbahagialah dirimu di alam abadi,
bersama kekasih yang amatmu nanti,
maka pekenankanlah doa hamba MU ini,
wahai ALLAH YANG MAHA PEMBERI,
dengan berkat junjungan NABI.
AL-FAATEHAH...AL-FAATEHAH...AL
- raja mahadi raja ahmad /sabtu /23.03.2013 / 04:50 petang / cairo, egypt.
No comments:
Post a Comment