Lailahailallah
Aku hidup aku mati aku hidup kembali
Aku mimpi aku tidur aku bangkit berpacak kukuh dengan niat subur sebelum berkubur
Semangat kembali bersemangat beridola satu sudut nama yang berilham di mata hati.
Aku cipta sejarah aku menuju arah bersusur berpaksi mencari bertatih naluri.
Bukan mengharap sesuatu cuma berharap sedikit lagi waktu biar sempurna aliran ku.
Guruh petir bersahutan bersyukur kebesaran bersama hujan di awal pagi di kegelapan mencari siang cahaya di esok hari.
Bersama kalimah lailahailallah aku hidup aku mati aku bakal menanti untuk di kejutkan dari mimpi apa aku tidur atau aku mati di satu jalan kembali pada sisi yang esa yang abadi.
Bersama kalimah lailahailallah yang sama jugak aku meniti mencari jalan sudah jalan hakiki apa ada kebenaran apa yang aku pegang apa yang aku simpan di hati buat sempurna hikayat juang hakikat insan merendah melutut bersujud memperhambakan diri.
Nyawa taruhan bersandiwara di langit dan di bumi di pesong di paling bersombong bongkak angkuh di takhta neraka berhuruhara bersenang lenang tersenyum lebar bagai syurga menanti pasti.
Biar aku jadi taruhan biar aku menongkah arus zaman gemilang jaluran lakonan watak watak daki dunia meratah bangkai bernyawa. Biar nampak songsang biar nampak kelam di mata mata syaitan bertopeng begitu pasti kerna aku nampak jalan nampak quran nampak kalam nampak tuhan jelas pasti abadi.
Aku mahu aku jadi aku biar kekal keras semangat juang roh islam bertapak kukuh di hati berniat lafas bernafas di jantung dunia untuk ku bawa bukti pada anggota pada badan yang bersaksi berhujah bagi pihak ku nanti biar aman di alam menanti.