Tuesday, March 26, 2013

Tahun pemerentahan sultan terengganu


Kesultanan Terengganu

  • 1708-1733: Sultan Zainal Abidin Ibni Tun Habib Abdul Majid
  • 1733-1794: Sultan Mansur Riayat Shah I
  • 1794–1808: Sultan Zainal Abidin Shah II, Putera Sultan Mansur I
  • 1808–1830: Sultan Ahmad Muazzam Shah I, Putera Sultan Zainal II
  • 1830: Sultan Abdul Rahman Shah, Putera Sultan Zainal II
  • 1830–1831: Sultan Daud, Putera Sultan Ahmad I
  • 1831–1837: Sultan Mansur Riayat Shah II, Putera Sultan Zainal II
  • 1837–1839: Sultan Muhammad Muazzam Shah I, Putera Sultan Mansur II
  • 1839–1876: Baginda Omar
  • 1876–1881: Sultan Ahmad Muazzam Shah II
  • 1881–1918: Sultan Zainal Abidin Shah III, putera Sultan Ahmad II
  • 1918–1920: Sultan Muhammad Muazzam Shah II, Putera Sultan Zainal III
  • 1920–1942: Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah
  • 1942-1945: Sultan Ali, putera Sultan Sulaiman
  • 1945-1979: Sultan Ismail Nasaruddin Shah, Putera Sultan Zainal III
  • 1979-1998: Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
  • 1998-2024: Sultan Mizan Zainal Abidin
































Tuesday, March 19, 2013

cerita cinta pada yang Hak


Puisi Cinta Islami

Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang
melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar bertambah kekuatanku untuk mencintaimu
Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya agar tidak
melebihi cintaku pada-Mu,
Ya Allah, jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut pada-MU,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semu.
Ya Rabbana, jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak
berpaling dari hati-Mu.
Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang
merindui syahid di jalan-Mu.
Ya Allah, jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku
merindukan syurga-Mu.
Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat
di sepertiga malam terakhirmu.
Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kepada-Mu.
Ya Allah, jika kau halalkan aku merindui kekasih-mu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehinggah melupakan aku
pada cinta hakiki
dan rindu abadi hanya kepada-Mu.
Ya Allah Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu,
telah berjumpa pada taat pada-Mu,
telah bersatu dalam dakwa-Mu,
telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya.
kekalkanlah cintanya.
Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini
Dengan Nur-Mu yang tiada pernah pudar.
Lapangkanlah dada-dada
kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan
bertawakal di jalan-Mu



demi Allah cinta ku pada Mu yang abadi yang hakiki

demi syariat demi zuriat

bertiti di pertitian panjang berlabuh tirai perjalanan

bertemu yang hakiki di penghidupan yang abadi.....amin.

Sunday, March 17, 2013

Ogy and the coachroach is not important

ogy and the cochroach
what I say is not important,
 what you think of what I say is important.
dont simply accept what I say,
if you think this will move you away your dream and awakenig,
 take the best and think over the rest.
 we can make this world a better place and its all begin with me strive together
 touch the soul of our heart our mind.

puisi kasih nur cahaya ilahi

bermadah fardu berdiri menanti waktu
berukun beradab berazab siksa berjalan terapung terawan
terkabur hakikat pudar syariat tergoda nafsu tercela 

biar ku bangkit kalimah berjihad beristiqamah
bersighah berselawat kamaliah
subur fadhilat subur jiwa subur iman pepohon kecintaan
aku berserah diri aku aman bersendiri aku berpuisi kasih memujuk diri

agar kembali megah membuka dada dada bangsa murka
mengisi muslimah mengisi solehah mengisi shahadah
aku menadah aku bermadah puisi kasih ku cintaku pada ALLAH
kalau itu yang tersirat yang tersurat aku hanya mampu berserah





kita mencari redha ALLAH ikhlas dalam beribadat,
bukan syurga yang dicari cinta dan rindu pada Mu YA Allah,
aku redha Allah Tuhan yang di sembah sujud dhuha tahajud
aku redha Islam agama ku yang haram yang halal yang sunnah yang wajib
aku redha Muhammad ya Rasulullah ya Habiballah ikutanku junjungan ku

bukan harta pangkat darjat memadailah Allah sebagi pembela dan saksi,
hidupku matiku kerana Allah Tuhan sekelian alam tiada mempersekutuiNya,
dan akulah seorang yang menyerah diri,
hidup ini terlalu singkat untuk sebarang kekesalan,
sayangi dan kasihanilah diri anda di antara langit dan bumi bukan untuk bermain main

nilah doa inilah amalan
ku doakan yang terbaik buat kalian
amin.




by sir william jack

Thursday, March 14, 2013

Kamaliah yang ku cari




MARTABAT NAFSU KE 7: NAFSU KAMALIAH MAQAM TERTINGGI


Adapun yang dimaksudkan dengan Kamaliah ini adalah keadaan telah berkamil atau bersebati kelakuan diri zahir dengan kelakuan diri batin pada kontek dirinya dengan Allah swt. di dalam hidupnya.

Pada martabat ini, apa saja kelakuan diantara diri batin dan jasad adalah sama dan tidak bercerai tanggal diantara satu dengan yang lain. Dimana setiap perlakuan yang dilahirkan oleh mereka di martabat ini direstui dan diredhai oleh Allah Taala secara spontan. Keadaan ini dinamakan Kata Jadi ( Kun Fayakun ). Pendek kata, barang kata barang jadi, mereka ini nak dikatakan sakit, amat sakit, kalau keramat amat keramat, kalau alim teramat alim dan mereka mempunyai segala kelebihan yang tidak boleh sekali diterokai oleh manusia awam.

Maqam ini adalah tertinggi. Maqam ini digelar sebagai "baqa billah", Kamil Mukamil", Al Insan kamil kerana ia dapat menghimpunkan antara zahir dan batin, yakni ruh dan hatinya kekal kepada Allah tetapi zahir tubuh kasarnya tetap dengan manusia.
Hati mereka kekal dengan Allah tak kira masa dan tempat, tidur atau jaga sentiasa mereka bermusyahadah kepada Allah. Ini adalah maqam khawas al khawas. Semua gerak geri mereka sudah jadi ibadat. Hatta berak kencing mereka, tidur mereka dan sebagainya.

Ilmu mereka adalah seperti yang dinyatakan oleh Imam Ghazali, ilham dan ilmu mukasyafah yang diterima nya tidak bukan adalah sama dengan istilah wahyu semuanya datang terus dari Allah. Cuma kalau Rasul dan Nabi di panggil Wahyu dan manusia biasa yang kamil di panggil Ilham.

Saya rasa sekadar ini lah yang termampu oleh saya. Mungkin ada kelemahan dan ketinggalan dalam istilah atau pengertian. Wahai Tuan -tuan sila perbetulkan dan tambah lagi mana-mana yang kurang.Mengenai kaedah zikir pada maqam-maqam saya rasa ada saudara yang akan menghuraikanya berpandukan kaedah tariqat masing-masing.InsyaAllah.
Orang yang hendak mencapai nafsu kamil ini mestilah ia melalui dahulu proses perjalanan nafsu-nafsu satu demi satu dari nafsu yang terendah sekali iaitu ammarah hingga sampai ke maqam nafsu yang tertinggi iaitu nafsu kamil. Maqam nafsul ini adalah tertinggi dan teristimewa sekali dari maqam wali-wali yang ada di muka bumi ini. Kerana mereka dapat menghimpunkan antara batin dengan zahir atau antra hakikat dengan syariat.

Sesiapa saja yang tercapainya ke martabat nafsu ini (Kamaliah) mereka boleh berpeluang pula menerima ilmu syahadah iaitu Ilmu Allah yang paling tertinggi yang dapat melalui guru yang dinamakan guru batin.

Bagi mereka yang telah mencapai martabat nafsu Kamaliah, mereka hendaklah pula berusaha mengembalikan dirinya ke martabat nafsu orang mukmin iaitu nafsu Mutmainah. Mereka tidak harus tinggal lama di martabat nafsu Kamaliah. Mereka harus menjadikan diri mereka kembali kepada orang awam, bergaul berniaga, berpolitik dan menjadi khalifah di alam maya tetapi jiwa raganya tetap bersama Allah buat selama-lamanya sehingga darjat dirinya payh ditelah oleh orang ramai dan ini boleh disebut sebagi orang alim tidak alim, orang jahil tidak jahi. Pendek kata sifa manusia yang sempurna dan sederhana dimiliki oleh mereka di martabat ini dan mereka mulia di dunia dan akhirat.

Oleh itu wahai teman-teman dan anak-anak, tuntutilah Ilmu Tasauf sehingga tercapai martabat yang bapak coretkan ini, semoga kita bersama selmat di dunia dan akhirat.

“Berbahagialah engkau yang mencapai martabatnya”
Ruh mereka atau hati mereka kekal dengan Allah tetapi zahir tubuh kasar mereka bersama-sama dengan pergaulan orang ramai. Hati mereka kekal bersama Allah tidak kira diwaktu lena ataupun jaga mereka dapat musyahadah dengan Allah dalam setiap ketika. Tidak dapat dinilai dengan apa-apa walaupun duni dan seisinya kerana ia adalah khawas al-khawas. Segala kelakuan mereka adalah ibadat semata-mata. Syurga bagi mereka adalah yang teristimewa sekail.
Akhir sekali sama-samalah kita nilai dimanakah letaknya kedudukan hati kita, maqam hati kita dan nilai diri kita di mata Allah swt... Alangkah jauhnya untuk kita tempuhi jalan yang penuh onak duri ini...namun dengan kesungguhan, istiqamah yang berteusan, Biiznillah Allah akan beri peluang pada kita untuk kita menghampiriNya. Sesungguhnya Allah tidak akan menghampakan hambaNya yang ingin mendekatiNya....asalkan hati kita ikhlas...hanya kerana Allah bukan kerana ingin mendapatkan ilham, kasyaf, keramat, mahupun syurga... kerana hati yang ikhlas hanya pada Allah dan hanya kerana Allah semata-mata.
Makam nafsu yang tertinggi sekali. Mereka ini hidupnya didunia ini dengan jasadnya bergaul dengan orang ramai, namun jiwa, ruh dan batinnya tetap dengan Allah semata2. Mereka ini sentiasa berada di dalam fana kepada Allah. Makam ini dipunyai oleh wali2 besar, para2 nabi dan rasul.
Nafsu peringkat ke-5, ke-6 dan ke-7 adalah darjat atau pe­ning­­katan kepada nafsu mutmainnah tadi. Bagi nafsu kami­lah, manusia biasa tidak bisa sampai ke maqam ini. Kamilah hanya derajat untuk para rasul dan para nabi. Manusia biasa hanya sekedar peringkat keenam saja iaitu mardhiah. Ini sudah taraf wali besar.
Itulah 7 peringkat nafsu manusia. Jadi orang yang hendak mendidik manusia mesti faham peringkat-peringkat nafsu ini. Kemudian perlu faham bagaimana pula hendak mendidik setiap peringkat-peringkat nafsu tersebut supaya manusia menjadi manusia.


Saturday, March 9, 2013

Seni Kayu - Melangkau Zaman: Privacy & Data Practices | AddThis

Seni Kayu - Melangkau Zaman: Privacy & Data Practices | AddThis: Engkau bermula dengan sengsara Dalam mencari bahagia Terasa bagai bayang bayang Gelap walau di suluh cahaya Pepasir pantai pun berubah ...

Privacy & Data Practices | AddThis

Engkau bermula dengan sengsara
Dalam mencari bahagia
Terasa bagai bayang bayang
Gelap walau di suluh cahaya
Pepasir pantai pun berubah
Pabila HAKIKAT melanda
Ketenangan yang kau cari
Terpancar di lorong sufi
Kelunakan tangisan kasihmu
Dalam simpuhan ketaatan
Bagi mengharapkan keredhaan
Darimu TUHAN pencipta Alam
Sungguh agung pengabdianmu
Kau berjaya menjadi iktibar
Ayuh bersama kita susuri
Perjalanan kekasih Allah

Pabila pompuan ceburu


Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu


yang terbaik untuk anak2 anda.

Sunday, March 3, 2013

Melepas geram hawa nafsu sarakah









sekadar melepas geram hawa nafsu sarakah
buat masyarakat sampah tiada haqiqah tiada halaqah tiada sadaqah tampa sajadah biar bersinar baraqah

apa apa yang ada dalam fikiran aku yg di tulis dalam ruangan ini ada link kepada blog papa aku sir William Jack hendaklah di SHARED bagi memberi peluang kepada orang lain selain daripada kamu orang yang buta hati buta akal. kalau tidak kamu orang aku sepak sepak unfriend gitu je. aku peduli apa kamu.atau kalu kamu orang dok suke aku PLEASE UNFRIEND je aku. aku tidak mahu jadi sampah masyarakat untuk masa yg terbuang dalam ruangan yg di penuhi sampah macam kamu orang.

aku bagi masa sampai masa yg aku suka krna ini wall aku tembok kehidupan aku yg dipenuhi taman bunga yg harum mekar bagai syurga taman bunga angkasa.aku memang menyampah melihat sampah masyarakat menyepah dalam wall aku lebih baik aku layan slide show aku dalam lg 47" LED aku atau gaming dgn PS4 32" toshiba regza full HD atau layan muzzik islam ku Qasidah maulid diba'e music for the soul dgn pengisian zikir puji pujian pengisian rohani susulan doa yg lebih berfaedah.

aku cabar kau orng share kongsi doa ini dgn Al fatihah Al mubarak Albaraqah Alfalah .kerana ini terkandung hikmah hadirnya hidayah berakal kalimah mencari shuhadah berwali khalifah berakhir ALHAMDULILLAH.

Friday, March 1, 2013














gambar hiaskan melepas geram dendam si pencetus kelam kabut huruhara cinta suci ku  buat saksi seisi alam

ku cari maqam ku cari wali ku temui terkunci rapi dari yang syirik khurafat, terlindung pada yang hak, pembawa sinar dinihari pembesar negeri ku temui di pagi penghulu hari, terlutut melafaz al fatihah memohon pada yang Hak barakah seisi negeri. amiiin. 

satu malaya satu nusantara satu negeri darul pantai raya, kabut dalam kelam,
 ribut tiada tenang,aman damai di muka huru hara di buku.
di selubungi birokrasi beraja manipulasi,
tiada budaya adat tradisi bersultan dimata bertakhta di hati.
kemana adat kemana wali kemana rukun kemana islam melayu berjati diri .
ini bukan doa permintaan ku, ini hakikat malah pasti wujud di kaki lima hari. 
berembun berpanas seusia muntah kedarah ku. 
aku mahu yang segar sihat, yang muda cantik, yang tampan gagah, yang cerdik hebat teraju negeri penyejuk lahat menghuni liang ku nanti. insyallah......